Friday 12 August 2011

IsTiQomAh~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh-NYA untuk terus menghirup udara segar..Dah masuk malam ke-13 Ramadhan,,(fasa keampunan).. Moga Allah mengampunkan segala kesilapan, kekhilafan, dan kesalahan kita sama ada secara sedar @ tidak..

" Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami, hamba2-MU yang lemah dan tak berdaya ini..Semoga kami terus tetap teguh untuk bersama-sama menegakkan kalimah-MU di atas muka bumi ini.."

ISTIQOMAH??
Sekadar ingin berkongsi satu ilmu yang ku dengar.. Kebanyakan kita menganggap bahawa berterusan melakukan sesuatu itu adalah istiqomah.. Actually,, berterusan itu adalah salah satu CIRI istiqomah jer sebenarnya..
Istiqomah itu maknanya lebih jauh lagi daripada berterusan..
Andai kita berterusan melakukan solat sunat dhuha sebagai contoh, 2rakaat setiap hari..tapi..solat yang kita buat tu biasa2 jer..means that,,kualiti solat tak bertambah-tambah,, maka itu bukanlah maksud istiqomah yang sebenarnya..
Istiqomah ni,,sebenarnya, bilamana kita buat sesuatu amal kebaikan tu,,berterusan, dan lebih baik lagi jadinya dari hari ke hari...
hurm,, memang, masa diriku dapat tahu yang istiqomah tu macam tu,,barulaa ku tahu,, bahawa rupa-rupanya selama ni, aku dah salah tafsir istiqomah ni..
So, nasihat buat diriku yang penuh dengan kesilapan,,
" istiqomahlah dalam amal islami yang kau kerjakan,,supaya nanti kau bisa merasakan manisnya hasil isttiqomah itu dalam hidupmu di dunia ini dan lebih indah lagi,, di akhirat sana.. insya-Allah.."

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi~
Teruskan beramal wahai diri!!

Wallahua'lam~ ^_^

No comments:

Post a Comment